Ahad, 22 Februari 2009

TAHNIAH NGO MALAYSIA

Sebagai rakyat Malaysia aku berasa sangat berbangga dan berbesar hati melihat prihatinnya sesetengah NGO terhadap perlakuan jenayah yang berlaku dalam negara ni. Inilah yang dinamakan rakyat yang sensitif kepada perkembangan sekeliling dan cepat bertindak supaya pihak berkuasa tidak berlengah mengambil tindakan. Berikut sedutan berita tersebut :

Dakwa segera Khalid
Oleh AZIAN AZIZ, ARSHAD KHANdan YANG CHIN

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Peguam Negara membuat keputusan segera bagi mendakwa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor itu perlu didakwa dan dibicarakan segera.
Katanya, langkah segera wajar dilaksanakan memandangkan SPRM telah memiliki bukti kukuh dalam kes tersebut.
‘‘Pihak berkuasa perlu mengambil perhatian ke atas kes yang berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan kepentingan umum.
‘‘Bagi mengelak pertelingkahan antara penyokong parti pembangkang dan Barisan Nasional (BN) berhubung kes ini, maka Peguam Negara seharusnya bertindak segera membuat keputusan,’’ katanya

Aku amat berharap NGO ni janganlah hanya kerana melibatkan pemimpin pembangkang baru nak berkokok tapi bila ada lapuran terhadap pemimpin BN takde pulak berbunyi, macamlah pemimpin BN ni malaikat ( biasalah, NGO ni semua pengampu dan perkakas UMNO). Aku juga agak tak senang bila adanya gesaan dibuat terhadap Peguam Negara terutamanya melibatkan gesaan dari pemimpin parti kerajaan. Biarlah Peguam Negara menjalankan tugasnya tanpa takut dan berat sebelah. Ada kes tuduh, takde diam jelah.

Bila pemimpin parti kerajaan menggesa Peguam Negara dan kalaulah pertuduhan dibuat, maka akan terdengarlah tohmahan yang mengatakan Peguam Negara mengikut telunjuk pemerintah dan melaksanakan pendakwaan berpilih walaupun hakikatnya tidak sebegitu. Orang politik ni buat jelah kerja masing-masing. Usahlah nak menyibuk mengacau orang lain lebih-lebih lagi yang dah jadi penganggur macam D.S Khir Toyo tu. Bila ada jawatan tak tau nak buat kerja, dah hilang jawatan macam orang gila talak. Berilah ruang untuk pertimbangan dibuat oleh Peguam Negara dengan seadilnya dan dengan kebebasan penuh. Kita kena ingat jika Peguam Negara tersilap membuat keputusan maka Peguam Negara dan jabatannya yang akan ditempelak oleh rakyat kelak, bukannya orang politik yang menadah keuntungan politik dari keputusan Peguam Negara tu. Betul-betul macam parasit, hidup atas derita orang lain!!

2 ulasan:

Pyanhabib berkata...

:) tumpang lalu

tombak karat berkata...

Pyan,

Apa nak jadi dengan negara ni ha? Huru hara aku rasa. Rakyat dah mula rasa derita kelembapan ekonomi tapi orang politik tak ambil peduli. Sedihkan?????