Ahad, 15 Ogos 2021

Ragam orang politik dan ketamakan kuasa dikala negara dilanda pandemik.

Lama sungguh tak menulis tentang isu yang berlegar dalam negara ni. Yang nyatanya negara masih berdepan dengan masalah pandemik Covid 19 yang tak kesudahan dan tak pasti bila akan berakhir. Dah lemas hidup dalam kongkongan dan hibanya mendengar berita berita sedih tentang kematian rakan taulan dan saudara mara akibat penyakit ini. Apapun penyakit ni hanya asbab sahaja sedang yang memberi sakit dan mati adalah Allah pemilik alam ini. Dalam negara ini bergelut dengan masalah pandemik ini dan dalam para pemimpin sibuk nak menguruskan negara, ada juga dikalangan politikus yang mabuk dengan kekuasaan dan hanya fikir bagaimana nak merampas kuasa pemerintahan dan bagaimana nak bertahan dalam dunia politik. Sudahlah tak membantu malahan ditekan kerajaan supaya kerajaan yang ada ini runtuh. Nak kata dengan runtuhnya kerajaan maka kuasa pemerintahan akan bertukar tangan kepada kumpulan mereka juga tiada kepastian. Macamah kalau bertukar kerajaan maka Covid 19 akan melarikan diri dari Malaysia. Tapi itulah yang dicanang canangkan bahawa hanya mereka yang boleh menyelesaikan permasalahan rakyat dan menghapuskan pandemiik ini... Adakah kerajaan dan PM gagal??? Macammana nak dikatakan gagal pun aku tak faham sebab belum pernah ada pemimpin negara ini sejak merdeka yang memimpin negara dalam keadaan pandemik seperti ini yang melumpuhkan ekonomi negara dan membawa kesengsaraan yang tidak sedikit kepada Rakyat. Bagaimana pula nak dibandingkan dengan negara lain? Negara lain juga berdepan dengan masalah yang sama malahan banyak negara yang tidak mampu memberi bantuan kepada rakyat akibat serangan virus ini ...Kalau nak dibandingkan dengan negara maju lain, kita lihat jumlah jangkitan juga meningkat dinegara mereka...makanya slogan KERAJAAN GAGAL ini hanyalah satu slogan yang dimainkan saban hari bagi mempengaruhi minda rakyat supaya akur bahawa kerajaan telah gagal. Aku lihat pembangkang lansung tidak pernah mengemukakan apa apa solusi yang terbaik bagi menangani masalah pandemik ini dan cadangan pengurusan yang terbaik .... contoh mudah DSNR sibuk dengan isu kegagalan kerajaan membuat Total Lockdown... ketika awal pandemik ini selama lebih kurang 3 bulan kerajaan mengenakan total lockdown,,, lihat apa kesan kepada kehidupan rakyat terutama rakyat yang hidupnya kais pagi makan pagi dan peniaga kecil yang mengharapkan pendapatan harian untuk meneruskan kelansungan hidup. Cakap memang senang bila kau banyak duit, harta melimpah ruah dan ada pendapatan bulanan sedang yang merana adalah rakyat marhaen... itu belum ambil kira perniagaan yang perlu ditutup yang akhirnya mengakibatkan kerugian dan pembuangan kerja... memang nak cari salah ni mudah tapi apa solusi terbaik?? Tukar Kerajaan?? Jadikan Anwar Ibrahim PM ?? apa kau fikir dia tu dewa kayangan yang ada tongkat sakti yang boleh selesaikan masalah negara sekelip mata?? Apa perjuangan Anewar kalau bukan nak jadi PM... jadinya bila berjaya jadi PM apa pulak perjuangan dia aku pun tak tau. Tak pernah pun aku tengok dia bagi apa apa cadangan membina untuk membantu kerajaan menangani masalah negara ini..kau berlututlah pada DAP minta ehsan nak dapatkan kuasa dan sokongan. Apa harapan aku??? aku harap kerajaan yang ada ni bertahan lah dan teruskan usaha vaksinasi negara yang sudah nampak kesan positifnya dalam menangani masalah covid19 ni. Jangan biar kerajaan bertukar tangan dan jangan biarkan mereka mengisytihar kemenangan mengatasi pandemik atas usaha kerajaan sedia ada...memang nampak usaha pembangkang nak memeotong diselekoh terakhir dan mengisytiharkan pandemik berjaya ditangani dalam zaman pemerintahan mereka... tapi mereka ni bukan ada maruah pun.sekian bebelan aku yang menyampah ni. Apapun aku sentiasa berdoa agar Allah bantu negara ni dan hilangkan lah penyakit ni supaya kita boleh kembali hidup seperti dahulu. Salam buat semua

Isnin, 31 Disember 2012

Bekas Tentera berdemo lagi.......Tapi mana pergi para penari punggung? Kalau tidak tentu demonstrasi ni akan lebih menarik dengan tarian punggung ala Gangnam Style. Army pensioners protest against LTAT land deal By Zurairi AR December 31, 2012 Rafizi Ramli and a few armed forces pensioners protesting the RM160 million payout from Boustead to Astacanggih and Awan Megah at Wisma Boustead. — Picture by Choo Choy May KUALA LUMPUR, Dec 31 — A group of army pensioners protested in front of Menara Boustead here today over the federal government’s plan to purchase a plot of land in Bukit Raja, claiming the move was a form of abuse of power. The group of 15 veterans led by PKR strategy director Rafizi Ramli gathered in front of Boustead Holdings Bhd's office in Jalan Raja Chulan holding banners saying “Demi Kroni, Deepak dan Rosmah, LTAT diperalat” (LTAT manipulated for cronies, Deepak and Rosmah) and “Zahid Hamidi gadai masa depan pencarum LTAT” (Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi is selling out the future of LTAT contributors). This protest came amid the move by Boustead, a unit of government investment fund Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), to buy an 80 per cent stake in businessman Deepak Jaikishan’s company Astacanggih Sdn Bhd for RM30 million as well as a RM130 million piece of land from Awan Megah, the firm of Selangor Wanita Umno chief Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. “We want today for Boustead and their staff to cooperate and explain the matter to us contributors. This is the public's money,” said Mohd Nazari Mokhtar, the president of ex-army interest group Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT). “Those generals who sit in Boustead's board of directors must speak up and not stay silent,” said Datuk Abd Hadi Khatab, the adviser for another group Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN). He was referring to the eight retired army officers who sit on Boustead's board on behalf of LTAT. The Defence Ministry’s LTAT, through its investment arm Boustead, had last Thursday announced plans to acquire the 200-acre land Awan Megah Sdn Bhd for RM130 million. On top of the land purchase, the fund will also buy Astacanggih Sdn Bhd for RM30 million, which Rafizi previously described recently as “outright bribery” and a move meant to silence the businessman from spewing more controversial revelations against the government. The group of pensioners tried to enter Boustead's office on the 28th floor to view the share and land sale agreement documents which are available for public viewing starting today, but were stopped by security and staff members. Boustead staff alleged that only shareholders of the company are allowed to view the documents, and not LTAT contributors. In response to that, Rafizi declared that he will buy a unit of Boustead shares himself and return in a few days with a bigger group of army pensioners. Boustead staff members present refused to comment on the incident.

Jumaat, 7 Mei 2010

macam-macam hal Malaysia ni

Lama sungguh aku tak menukilkan pandangan dan perasaan aku dalam blog ni...Entah hantu mana yang merasuk perasaan aku malam tadi hingga aku terpanggil untuk menjenguk semula ruang ini yang membenarkan aku berbicara sesuka hatiku. kebelakangan ini banyak sungguh peristiwa yang melanda negara yang membuatkan aku terfikir bilakah pula pemimpin dan rakyat hendak menumpukan fikiran kepada usaha pemulihan ekonomi dan menaiktaraf hidup rakyat. Bercakap tentang pemulihan ekonomi, dalam rakyat disuruh bercermat, ratusan juta dilempar sesuka hati di Hulu Selangor. Bermacam janji dan faedah disogokkan...tidakkah kita tertanya,kalau duit itu sumbernya dari dana persekutuan, maka adakah kesemuanya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara. Contohnya peneroka Felda Sg Buaya yang tanah mereka diambil oleh syarikat yang telah digulungkan atau bahasa yang biasa difahami ialah bangkrap, apakah status wang yang dijanjikan akan dibayar kepada mereka oleh kerajaan. Bayaran ini akan diletakkan sebagai perbelanjaan apa sedangkan kerajaan tiada kaitan dengan projek yang lingkup itu.Lagi satu isu, kalau pampasan dibayar oleh kerajaan, adakah peneroka akan tetap tinggal ditanah tersebut atau tanah mereka akan terserah kepada kerajaan. Ini bukan pengambilan balik tanah dibawah Land Acquisition act dimana pemilik dipaksa menyerah tanah dengan dibayar pampasan untuk kepentingan pembangunan prasarana. Jadi apa akan terjadi kepada tanah tersebut. Kalau peneroka kekal sebagai pemilik, maka wang itu bukan lagi pampasan tetapi entah apa statusnya...wang derma atau wang sedekah atau entah????????? Kerajaan tidak boleh ambil tanah tersebut kerana tiada undang-undang yang membenarkan kerajaan berbuat demikian. Dengan kata lain kerajaan persekutuan tidak boleh menjadi tuanpunya tanah dan menukar status kepada tanah persekutuan.....ingat ,ini tanah dalam negeri selangor dan dibawah perlembagaan ianya adalah dibawah kuasa kerajaan negeri. Syarikat yang dah bangkrap itu tiada lagi dalam ini gambar sebab syarikat yang dah digulung tidak boleh memiliki harta lagi dan harta syarikat sekarang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi...makanya apa nak jadi ni? Apapun peneroka dan pemilik tanah baru diberi RM1000 sahaja. yang bakinya kita tunggu saje lah.. Apapun, benda ni sentiasa bersarang didalam kepala otak aku yang macam takde benda lain dah nak pikir...mungkin ada kutu lain yang boleh tolong jawabkan.

Bercakap tentang jimat cermat juga,pemimpin samada pemimpin-pemimpin politik ataupun ketua-ketua jabatan janganlah jadikan ini sebagai retorik semata-mata. Dalam nak berjimat cermat ni lah, berlaku pembaziran apabila pejabat-pejabat kerajaan yang tidak perlu diubahsuai, diubahsuai sekadar nak menurut kehendak ketua jabatan yang kerjanya tak lain hanya nak membodek dan membazir.


BERITA SEDIH MENYAYAT HATI

Ini pulak tentang kisah sedih menyayat hati tentang arwah Aminulrashid yang meninggal akibat ditembak oleh Polis. Kisahnya arwah ni telah memandu sambil dikejar oleh pihak polis dan oleh kerana enggan berhenti maka pihak polis telah menembak tayar kereta yang dipandunya. Dari awal berita yang dipapar di media kelihatannya arwah telah mengundurkan keretanya kearah polis hingga menyebabkan pihak polis tiada pilihan lain selain terpaksa melepaskan tembakan.Kemudian tampil pula rakan arwah yang ada bersamanya ketika kejadian membawa versi yang berlainan. Aku pun pening memikir hal ini. Adakah ini bermakna anggota polis yang terlibat telah membuat lapuran palsu yang tentunya merupakan satu kesalahan dibawah Kanun Kesiksaan. Kalau begitu apa pula keadaan yang membawa ancaman pada nyawa mereka hingga membolehkan tembakan dilepaskan kearah arwah. Nyata sekali ada yang tidak kena dalam hal ini. Aku akui tugas polis kian mencabar. Penjenayah semakin berleluasa dan rakyat merasa semakin tidak selamat.Ancaman sentiasa ada dimana -mana dalam mereka menjalankan tugas saban waktu. Kalau dilihat sebagaimana yang tersiar didada akhbar saban hari,kadar jenayah berada pada tahap yang amat menggerunkan terutama jenayah kekerasan yang melibatkan senjata api.Peranan pihak polis semakin diperlukan rakyat dalam menjaga keamanan negara. Walaubagaimanapun dalam kes arwah ni, tiada tembakan dilepaskan dari kereta yang dikejar,malahan kalaupun betul arwah mengundurkan keretanya, tugas polis ialah untuk mengejar dan menangkap pelaku kesalahan selama mana tiada kesalahan jenayah kelihatan dilakukan pada masa itu.Apatah lagi dalam kes ini, angota polis yang terlibat adalah anggota tugas am dan ini bukan satu operasi terancang dari bahagian Jenayah Berat yang mungkin terlebih dahulu telah mengumpul maklumat bahawa ada kemungkinan ancaman akan hadir dari kenderaan yang dipandu arwah. Apapun aku simpati dengan keluarga arwah apatah lagi ibu bapa arwah. Tiada perkataan yang aku rasa mampu aku luahkan sebab aku tak boleh nak bayangkan apa akan aku rasakan kalau aku ditempat mereka dan arwah itu adalah darah daging aku yang aku besarkan dihadapan mataku. Apa rasanya kalau zuriat kita direntap begitu sahaja atas kelalaian dan sikap gopoh dan semberono orang lain. Aku harap pihak polis kena ambilkira perasaan keluarga arwah dan janganlah sesuka hati buat kenyataan dimedia yang boelh mentinggung perasaan mereka. Kalau dah memang berlaku kesilapan atau kecuaian, mengaku sajalah dan bayar gantirugi kepada keluarga arwah...

Sabtu, 7 Mac 2009

Bahasa Melayu diperjuangkan di jalanan.

Hari ni 7.3.2009 berlaku satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang berakhir dengan semburan air dan tembakan gas pemedih mata dari FRU.Sedihnya perhimpunan tersebut dibuat sebagai memperjuangkan Bahasa Melayu tetapi dilayan sebegitu rupa. Begitu sekali hinanya bahasa bondaku.

Bagi segelintir masyarakat termasuk P.M dan kementerian Pelajaran, mereka tetap dengan pendirian untuk meneruskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atas alasan dengan mempelajari dalam bahasa tersebut akan memudahkan penguasaan kedua ilmu ini.Ini juga disokong oleh ramai ibu bapa Melayu yang mahukan anak-anak mereka menguasai dan fasih berbahasa Inggeris. Dari sudut menguasai bahasa Inggeris tu aku setuju tetapi mereka gagal melihat masalah ni diruang yang lebih luas. Kalau tak takdelah para ilmuan dan budayawan menentang sekeras-kerasnya sistem pendidikan ini.

Aku takut melihat perkembangan ini. Tolak ketepi anak bangsa dan anak kampung yang menjadi mangsa akibat penerusan sistem pendidikan ini. Dalam konteks yang lebih luas,apa nak jadi dengan bahasa Melayu kalau tidak lagi dianggap penting dan tiada nilai komersil serta nilai Ilmu? Apa nasib bahasa Melayu kalau satu hari nanti orang Melayu sendiri malu bercakap bahasa Melayu?Apa nak jadi bila bahasa ini dianggap tiada "class"? Sekarang ni kita dah nampak dimana kedudukan bahasa Melayu diletakkan dalam Mesyuarat dan acara rasmi kerajaan walaupun hadirin terdiri dari orang Malaysia. Pemimpin sendiri selesa berucap dan ditemuramah dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Bahasa Melayu ni diletakkan dikaki sahaja sedang BAHASA ITU JIWA BANGSA. Bangsa ini akan lenyap tanpa bahasa yang diagungkan.

Kemana orang melayu yang selama ni berkokok sebagai pejuang bangsa Melayu dan Bahasa Melayu? Kemana perginya mereka yang melabelkan diri sebagai ekstremis Melayu? Mereka ni pejuang bangsa atau pejuang tembolok? Aku benci betul dengan puak ni yang hanya berdegar-degar bila ada kepentingan untuk puak sendiri dan bukannya kepentingan bangsa yang didahulukan. Memang celaka puak ni. Aku memang bengang betul!!!!!!!

Ahad, 1 Mac 2009

HUKUM RIMBA

Hukum rimba menetapkan siapa kuat dialah kudrat.Pada zaman dahulu kala kaedah ini yang menentukan siapa yang menjadi pemimpin sehinggalah prinsip demokrasi diperkenalkan. Undang-undang dicipta untuk menentukan supaya tiada siapa yang akan menggunakan kudratnya sebagai hakim.Kerajaan yang dipilih rakyat akan mengurus negara dan rakyat manakala sebagai balasannya rakyat hendaklah menurut segala peraturan yang ditetapkan pemerintah bagi memastikan kestabilan negara.Allah sendiri telah menetapkan segala peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi tanpa mengira darjat dan keturunan.

Sejak kebelakangan ini, aku nampak negara ni mula bergerak kebelakang dimana semakin ramai yang lebih suka bertindak mengikut kehendak sendiri. Jenayah semakin menjadi-jadi. Konflik diselesaikan menggunakan tangan sendiri. Budak-budak sekolah terlibat dengan kegiatan buli yang ekstrim.Pihak sekolah gagal mengawal keadaan.

Lebih menyedihkan penyakit ini semakin menular dikalangan orang politik dan ini aku lihat tidak sepatutnya berlaku dalam mana mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Baik pembangkang mahupun pemimpin kerajaan sama saja. Apabila puak sendiri melanggar undang-undang terus dibela tanpa mengira samada perlakuan tersebut melanggar undang-undang atau tidak.

Ambil contoh bila penyokong pembangkang berdemonstrasi(chnya HINDRAF)semua pemimpin pembangkang membela tanpa mengambil kira ianya tetap salah dari segi undang-undang.Yang penyokong kerajaan pula hentam tanpa hujung pangkal.Begitu pula sebaliknya bila orang BN berdemonstrasi.Bila Speaker Perak menggantung ADUN BN, perdana Menteri sendiri menyuruh MB Perak supaya melanggar arahan tersebut.Pemuda UMNO terang-terang mencabul keluhuran PARLIMEN dengan tindakan menyerang YB Karpal dalam kawasan parlimen tetapi tindakan ini dibela pula oleh Ketua Pemuda yang merupakan seorang Menteri penuh.

Banyak lagi contoh yang kita lihat berlaku setiap hari yang aku anggap tidak sihat .Kita tidak sepatutnya menghalalkan perlanggaran undang-undang yang boleh memporakperandakan nehgara. MATLAMAT TIDAK SEPATUTNYA MENGHALALKAN CARA. Apa nak jadi dengan negara ni kalau Undang-Undang tidak dihormati lagi?

Ahad, 22 Februari 2009

TAHNIAH NGO MALAYSIA

Sebagai rakyat Malaysia aku berasa sangat berbangga dan berbesar hati melihat prihatinnya sesetengah NGO terhadap perlakuan jenayah yang berlaku dalam negara ni. Inilah yang dinamakan rakyat yang sensitif kepada perkembangan sekeliling dan cepat bertindak supaya pihak berkuasa tidak berlengah mengambil tindakan. Berikut sedutan berita tersebut :

Dakwa segera Khalid
Oleh AZIAN AZIZ, ARSHAD KHANdan YANG CHIN

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Peguam Negara membuat keputusan segera bagi mendakwa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor itu perlu didakwa dan dibicarakan segera.
Katanya, langkah segera wajar dilaksanakan memandangkan SPRM telah memiliki bukti kukuh dalam kes tersebut.
‘‘Pihak berkuasa perlu mengambil perhatian ke atas kes yang berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan kepentingan umum.
‘‘Bagi mengelak pertelingkahan antara penyokong parti pembangkang dan Barisan Nasional (BN) berhubung kes ini, maka Peguam Negara seharusnya bertindak segera membuat keputusan,’’ katanya

Aku amat berharap NGO ni janganlah hanya kerana melibatkan pemimpin pembangkang baru nak berkokok tapi bila ada lapuran terhadap pemimpin BN takde pulak berbunyi, macamlah pemimpin BN ni malaikat ( biasalah, NGO ni semua pengampu dan perkakas UMNO). Aku juga agak tak senang bila adanya gesaan dibuat terhadap Peguam Negara terutamanya melibatkan gesaan dari pemimpin parti kerajaan. Biarlah Peguam Negara menjalankan tugasnya tanpa takut dan berat sebelah. Ada kes tuduh, takde diam jelah.

Bila pemimpin parti kerajaan menggesa Peguam Negara dan kalaulah pertuduhan dibuat, maka akan terdengarlah tohmahan yang mengatakan Peguam Negara mengikut telunjuk pemerintah dan melaksanakan pendakwaan berpilih walaupun hakikatnya tidak sebegitu. Orang politik ni buat jelah kerja masing-masing. Usahlah nak menyibuk mengacau orang lain lebih-lebih lagi yang dah jadi penganggur macam D.S Khir Toyo tu. Bila ada jawatan tak tau nak buat kerja, dah hilang jawatan macam orang gila talak. Berilah ruang untuk pertimbangan dibuat oleh Peguam Negara dengan seadilnya dan dengan kebebasan penuh. Kita kena ingat jika Peguam Negara tersilap membuat keputusan maka Peguam Negara dan jabatannya yang akan ditempelak oleh rakyat kelak, bukannya orang politik yang menadah keuntungan politik dari keputusan Peguam Negara tu. Betul-betul macam parasit, hidup atas derita orang lain!!

Sabtu, 14 Februari 2009

Bila hajat Majlis Peguam tak kesampaian

Aku tertarik dengan cadangan tindakan Majllis Peguam yang berhasrat untuk menjadi pemantau kepada performance hakim hakim. Berikut antara petikan akhbar dari Star online 15.2.2009 ;


Bar Council plans report card on judges for JAC
By SHAILA KOSHY


KUALA LUMPUR: The Bar Council will direct its state Bar committees to give feedback on the performance of all judges for submission to the newly-established Judicial Appointments Commission (JAC).
“At the council meeting on Friday, we decided to set up a process whereby we will get feedback from the state Bar chairmen and lawyers in relation to the performance of judges,” said council chairman Datuk Ambiga Sreenevasan.
Asked whether the JAC had asked the council to do so, she replied: “We have not been asked to provide such information but we are doing so anyway.
“Our understanding of the workings of any JAC is that they must receive relevant feedback.
“The Bar is an important stakeholder in the administration of justice and it is also in an ideal position to do so. This feedback would be relevant for the promotion of judges,” she added.

Begitulah tindakbalas yang diberi oleh Presiden Majlis Peguam selepas hajat mereka agar ada wakil dilantik menjadi ahli dalam Suruhanjaya Perlantikan Hakim (JAC) tak kesampaian. Majlis Peguam tentunya berharap agar dengan adanya wakil mereka dapatlah lebih ramai peguam dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Sebagai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka itu maka mereka cuba pula menjadi pengawas yang akan mengawasi para hakim walaupun tiada siapa yang suruh mereka berbuat sedemikian. Soalnya :
  1. Adakah mereka sebenarnya cuba memberi tekanan kepada hakim-hakim agar lebih berlembut atau lebih berpihak kepada mereka diMahkamah terutamanya apabila melibatkan jawatankuasa peguam negeri yang hadir di Mahkamah?
  2. Setakat mana mereka boleh berlaku adil mengemukakan lapuran terutamanya apabila terdapat hakim-hakim yang menjadi kegemaran sesetengah peguam berbanding yang lain yang lebih tegas diMahkamah?
  3. Adakah lapuran tersebut akan mempengaruhi JAC dan bagaimana lapuran tersebut dipastikan tidak bersifat berat sebelah. Tidakkah lapuran yang tidak disiasat kesahihannya akan dilihat sebagai tidak adil kepada para Hakim yang tidak akan dapat mempertahankan diri mereka?
  4. Adakah lapuran tersebut akan dijadikan alat untuk mereka mempengaruhi keputusan -keputusan JAC dimasa yang akan datang dan akhirnya akan membolehkan wakil Majlis Peguam diterima sebagai ahli JAC?
  5. Apa perlunya para Hakim yang telah dikenalpasti kebolehan,pengalaman dan dedikasi mereka didalam perkhidmatan dipantau sebegitu rupa macam budak sekolah? Kalaulah mereka tu tidak berkebolehan takkanlah mereka dilantik oleh Yang DiPertuan Agung sebagai Hakim Mahkamah Tinggi yang dilihat sebagai benteng terakhir proses keadilan di Malaysia

Majlis Peguam memang dari dulu terkenal dengan kontroversi dan suka tunjuk hebat seolah-olah mereka saja yang betul. They always try to potray themselves as the champion of justice and human rights but at the same time disregard justice to the people as a whole. Pigidah!!!!!

AlFatihah buat kenalanku

Hari ini aku terima berita pemergian seorang kenalanku bernama Jamaluddin ke Rahmatullah. Aku sebenarnya dah lama terputus hubungan dengan arwah dan bila dapat tahu rupanya arwah dah 5 bulan lepas meninggal dunia. Ketika hayatnya, arwah merupakan seorang pegawai polis yang banyak berbakti kepada negara.


Pemergian arwah menyebabkan aku terfikir adakah mana-mana rakyat Malaysia yang meratapi pemergian beliau selain ahli keluarga dan rakan taulan. Yang membuatkan aku terlintas difikiran ialah bila memikirkan bagaimana ratusan orang termasuk orang politik mengiringi mendiang Kugan yang mati dalam tahanan polis keperkuburan dan bagaimana kematiannya cuba dieksploitasi untuk kepentingan orang politik tak kira pemerintah atau pembangkang. Walaubagaimanapun tiada pula kematian anggota atau pegawai polis yang menjadi mangsa penjenayah dibela atau sekurang-kurangnya ditunjukkan rasa simpati oleh puak-puak ni. Kalau adapun,satu ruang kecil dimuka tengah akhbar untuk diletakkan berita tersebut.


Aku bukannya nak menyebelahi pihak polis dalam hal ni sebab jika benar Kugan didera hingga mati didalam tahanan polis ( yang setakat ini masih belum dibuktikan) maka mereka yang bertanggungjawab perlu diheret ke Mahkamah. Apa yang aku kesalkan ialah bagaimana berita yang dipaparkan dan komentar dari orang ramai termasuk orang politik yang nampaknya terus menyalahkan pihak Polis tanpa soal siasat. Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa setiap kematian dalam tahanan perlu dirujuk kepada koroner untuk dibuat siasatan kematian dan sepatutnya pihak-pihak ni menunggu laporan bedah siasat kedua dan keputusan koroner kelak .


Rakyat perlu faham bahawa Polis juga terikat dengan arahan dan peraturan. Mereka ada tugas yang perlu dilaksanakan untuk menjamin keselamatan orang ramai. Mereka juga ada maruah dan harga diri yag perlu dipertahankan dan aku nampak hal-hal ini gagal diberi perhatian seolah-olah polis ni robot tanpa perasaan.


Alfatihah buat Allahyarham Jamaluddin dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Karpal punya hal 2

Semalam Dato Seri Khir Toyo dan gerombolannya telah "ditahan" oleh polis apabila berarak ke rumah Karpal Singh di Pulau Pinang untuk menyerahkan memorandum membantah tindakan Karpal Singh yang dikatakan menghina Sultan Perak. Brader ni memang pandai cari publisiti.Dia bukan tak tahu perbuatan dia tu sia-sia tapi biasalah nak dapatkan front page coverage dalam Akhbar Perdana. Ini yang dinamakan free publicity yang tidak melanggar peraturan larangan berkempen sempena pemilihan UMNO. Aku ingat orang dia sendiri yang alert polis supaya bertindak, so nampaklah seriusnya benda ni. Apapun lu terlambatlah brader sebab K.J awal-awal lagi dah mempamerkan semangat Melayunya dengan berapi-api menghentam Karpal dan D.S Nizar dalam satu demonstrasi mempertahankan Sultan Perak. Mukhriz dah keluarkan press statement awal lagi tentang perlunya PAS dan UMNO bersatu.

Nampaknya strategi Khir Toyo tak nampak umphhhnya. Lewat sangat bertindak. Begitulah nasib orang yang takde jawatan dalam kabinet, DUN dan parti. Kesian.......