Selasa, 10 Februari 2009

Karpal punya hal,calon ambil peluang

Hal Karpal Singh nak saman Sultan Perak membuatkan satu negara porak peranda. Sana-sini orang Melayu (UMNO sebenarnya) buat demonstrasi tanpa kehadiran FRU. Apa yang aku tengok,ramai calon-calon yang nak bertanding pada pemilihan UMNO yang akan datang tampil sebagai hero yang sanggup bermandi darah mempertahankan Institusi Kesultanan Melayu dari dihina oleh orang seperti Karpal dan penderhaka seperti D.S.Nizar.Biasalah iklan percuma sempena pemilihan nanti.Yang aku heran masa kes perlantikan M.B Terengganu dulu takde pulak orang-orang ni tampil mempertahankan Tuanku Yang DiPertuan Agung yang terang-terangan dibantah dan dinista.Tuanku kena hina pun semua senyap je.Sungguh menghairankan orang-orang ni.Soal yang melibatkan Sultan pun berpilih-pilih. Nampak sangat politikingnya dan bukan kerana prinsip.buat malu je.


Berbalik kepada hal karpal ni, apehal yang sibuk sangat buat lapuran polis sampai cadangkan supaya Karpal ditahan I.S.A lah,dilucut kerakyatan lah padahal semua ni dibuat atas dasar kepentingan politik dan bukannya nak sangat mempertahankan Institusi Kesultanan. Kita kena ingat yang tindakan ni semuanya premature atau belum matang. Alasannya ialah :



  1. Karpal baru cadang nak saman dan keputusan ini diambil atas faktor peribadi dan bukannya atas keputusan parti. Macammana nak ambil tindakan kalau Karpal tak buat ape-ape lagi. Cuma baru berniat saje. Parahlah kalau baru niat dah nak diambil tindakan.

  2. Karpal ni pernah ade sejarah saman Sultan Selangor.Tak jadi kudis pun sebab takkan kemananya tindakan dia tu. Apahal yang semua melompat tak tentu arah ni macam takde otak nak fikir.

  3. Artikel 183 Perlembagaan Persekutuan membenarkan tindakan Mahkamah diambil terhadap Sultan dan Yang Dipertuan Agung. Maknanya Perlembagaan membenarkan orang macam Karpal ni menyaman Sultan kalau dia mahu. Habis kenapa dimarahkan dia. Kenapa tak dimarahkan pemimpin yang menarik imuniti raja-raja sampaikan habis diaibkan Sultan dan keturunannya satu masa dulu ( Ingat balik masa krisis melibatkan raja-raja tahun 1993.) Sejauh mana rasanya dia boleh pergi. Kita kena ingat yang Karpal ni peguam dan dia tahu tentang selok belok Undang-undang.

  4. Karpal ada Locus Standi ke? dia bukan pengundi atau rakyat Perak. Jadinya atas kapasiti dan kepentingan apa dia nak saman Sultan sedang bukan hak dia yang terjejas dalam pergolakan ini.

Jadinya dalam menilai perkembangan yang berlaku hari ni,aku tengok ramai yang nak jadi jagoan dalam mempertahankan kepentingan masing-masing.Istana ni jadi alat saje. Ambil peluang untuk menonjolkan kelompok masing-masing. Kat Kelantan pun ada yang buat report terhadap Karpal bagi mempertahankan Sultan Perak sedangkan kemana orang-orang ni pergi semasa penabalan seorang lagi Sultan Kelantan di Pasir Mas satu ketika dulu yang jelas satu penderhakaan terhadap Sultan Kelantan?


KEPURA-PURAAN, AKU BOSAN



2 ulasan:

Pyanhabib berkata...

waw, panjang dan lebarnya entri-entri kat sini. orang loyer ye? :)

tombak karat berkata...

Bro pyan,

Taulah sikit masa belajar kat pondok dulu. Yang betulnya gua peningla dengan hal keliling ni.Terimakasih sebab singgah kat blog gua