Ahad, 22 Februari 2009
TAHNIAH NGO MALAYSIA
Dakwa segera Khalid
Oleh AZIAN AZIZ, ARSHAD KHANdan YANG CHIN
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Peguam Negara membuat keputusan segera bagi mendakwa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor itu perlu didakwa dan dibicarakan segera.
Katanya, langkah segera wajar dilaksanakan memandangkan SPRM telah memiliki bukti kukuh dalam kes tersebut.
‘‘Pihak berkuasa perlu mengambil perhatian ke atas kes yang berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan kepentingan umum.
‘‘Bagi mengelak pertelingkahan antara penyokong parti pembangkang dan Barisan Nasional (BN) berhubung kes ini, maka Peguam Negara seharusnya bertindak segera membuat keputusan,’’ katanya
Aku amat berharap NGO ni janganlah hanya kerana melibatkan pemimpin pembangkang baru nak berkokok tapi bila ada lapuran terhadap pemimpin BN takde pulak berbunyi, macamlah pemimpin BN ni malaikat ( biasalah, NGO ni semua pengampu dan perkakas UMNO). Aku juga agak tak senang bila adanya gesaan dibuat terhadap Peguam Negara terutamanya melibatkan gesaan dari pemimpin parti kerajaan. Biarlah Peguam Negara menjalankan tugasnya tanpa takut dan berat sebelah. Ada kes tuduh, takde diam jelah.
Bila pemimpin parti kerajaan menggesa Peguam Negara dan kalaulah pertuduhan dibuat, maka akan terdengarlah tohmahan yang mengatakan Peguam Negara mengikut telunjuk pemerintah dan melaksanakan pendakwaan berpilih walaupun hakikatnya tidak sebegitu. Orang politik ni buat jelah kerja masing-masing. Usahlah nak menyibuk mengacau orang lain lebih-lebih lagi yang dah jadi penganggur macam D.S Khir Toyo tu. Bila ada jawatan tak tau nak buat kerja, dah hilang jawatan macam orang gila talak. Berilah ruang untuk pertimbangan dibuat oleh Peguam Negara dengan seadilnya dan dengan kebebasan penuh. Kita kena ingat jika Peguam Negara tersilap membuat keputusan maka Peguam Negara dan jabatannya yang akan ditempelak oleh rakyat kelak, bukannya orang politik yang menadah keuntungan politik dari keputusan Peguam Negara tu. Betul-betul macam parasit, hidup atas derita orang lain!!
Sabtu, 14 Februari 2009
Bila hajat Majlis Peguam tak kesampaian
Bar Council plans report card on judges for JAC
By SHAILA KOSHY
KUALA LUMPUR: The Bar Council will direct its state Bar committees to give feedback on the performance of all judges for submission to the newly-established Judicial Appointments Commission (JAC).
“At the council meeting on Friday, we decided to set up a process whereby we will get feedback from the state Bar chairmen and lawyers in relation to the performance of judges,” said council chairman Datuk Ambiga Sreenevasan.
Asked whether the JAC had asked the council to do so, she replied: “We have not been asked to provide such information but we are doing so anyway.
“Our understanding of the workings of any JAC is that they must receive relevant feedback.
“The Bar is an important stakeholder in the administration of justice and it is also in an ideal position to do so. This feedback would be relevant for the promotion of judges,” she added.
Begitulah tindakbalas yang diberi oleh Presiden Majlis Peguam selepas hajat mereka agar ada wakil dilantik menjadi ahli dalam Suruhanjaya Perlantikan Hakim (JAC) tak kesampaian. Majlis Peguam tentunya berharap agar dengan adanya wakil mereka dapatlah lebih ramai peguam dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Sebagai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka itu maka mereka cuba pula menjadi pengawas yang akan mengawasi para hakim walaupun tiada siapa yang suruh mereka berbuat sedemikian. Soalnya :
- Adakah mereka sebenarnya cuba memberi tekanan kepada hakim-hakim agar lebih berlembut atau lebih berpihak kepada mereka diMahkamah terutamanya apabila melibatkan jawatankuasa peguam negeri yang hadir di Mahkamah?
- Setakat mana mereka boleh berlaku adil mengemukakan lapuran terutamanya apabila terdapat hakim-hakim yang menjadi kegemaran sesetengah peguam berbanding yang lain yang lebih tegas diMahkamah?
- Adakah lapuran tersebut akan mempengaruhi JAC dan bagaimana lapuran tersebut dipastikan tidak bersifat berat sebelah. Tidakkah lapuran yang tidak disiasat kesahihannya akan dilihat sebagai tidak adil kepada para Hakim yang tidak akan dapat mempertahankan diri mereka?
- Adakah lapuran tersebut akan dijadikan alat untuk mereka mempengaruhi keputusan -keputusan JAC dimasa yang akan datang dan akhirnya akan membolehkan wakil Majlis Peguam diterima sebagai ahli JAC?
- Apa perlunya para Hakim yang telah dikenalpasti kebolehan,pengalaman dan dedikasi mereka didalam perkhidmatan dipantau sebegitu rupa macam budak sekolah? Kalaulah mereka tu tidak berkebolehan takkanlah mereka dilantik oleh Yang DiPertuan Agung sebagai Hakim Mahkamah Tinggi yang dilihat sebagai benteng terakhir proses keadilan di Malaysia
Majlis Peguam memang dari dulu terkenal dengan kontroversi dan suka tunjuk hebat seolah-olah mereka saja yang betul. They always try to potray themselves as the champion of justice and human rights but at the same time disregard justice to the people as a whole. Pigidah!!!!!
AlFatihah buat kenalanku
Karpal punya hal 2
Nampaknya strategi Khir Toyo tak nampak umphhhnya. Lewat sangat bertindak. Begitulah nasib orang yang takde jawatan dalam kabinet, DUN dan parti. Kesian.......
Selasa, 10 Februari 2009
Karpal punya hal,calon ambil peluang
- Karpal baru cadang nak saman dan keputusan ini diambil atas faktor peribadi dan bukannya atas keputusan parti. Macammana nak ambil tindakan kalau Karpal tak buat ape-ape lagi. Cuma baru berniat saje. Parahlah kalau baru niat dah nak diambil tindakan.
- Karpal ni pernah ade sejarah saman Sultan Selangor.Tak jadi kudis pun sebab takkan kemananya tindakan dia tu. Apahal yang semua melompat tak tentu arah ni macam takde otak nak fikir.
- Artikel 183 Perlembagaan Persekutuan membenarkan tindakan Mahkamah diambil terhadap Sultan dan Yang Dipertuan Agung. Maknanya Perlembagaan membenarkan orang macam Karpal ni menyaman Sultan kalau dia mahu. Habis kenapa dimarahkan dia. Kenapa tak dimarahkan pemimpin yang menarik imuniti raja-raja sampaikan habis diaibkan Sultan dan keturunannya satu masa dulu ( Ingat balik masa krisis melibatkan raja-raja tahun 1993.) Sejauh mana rasanya dia boleh pergi. Kita kena ingat yang Karpal ni peguam dan dia tahu tentang selok belok Undang-undang.
- Karpal ada Locus Standi ke? dia bukan pengundi atau rakyat Perak. Jadinya atas kapasiti dan kepentingan apa dia nak saman Sultan sedang bukan hak dia yang terjejas dalam pergolakan ini.
Jadinya dalam menilai perkembangan yang berlaku hari ni,aku tengok ramai yang nak jadi jagoan dalam mempertahankan kepentingan masing-masing.Istana ni jadi alat saje. Ambil peluang untuk menonjolkan kelompok masing-masing. Kat Kelantan pun ada yang buat report terhadap Karpal bagi mempertahankan Sultan Perak sedangkan kemana orang-orang ni pergi semasa penabalan seorang lagi Sultan Kelantan di Pasir Mas satu ketika dulu yang jelas satu penderhakaan terhadap Sultan Kelantan?
KEPURA-PURAAN, AKU BOSAN
Isnin, 9 Februari 2009
PPSMI : kemana hala tuju sistem pendidikan dan anak Melayu
- Semasa dasar ini diperkenalkan di zaman Tun Dr Mahathir, antara hujah yang dikemukakan ialah bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu diperingkat antarabangsa dan dengan mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan mempercepatkan lagi penguasaan generasi muda dalam kedua bidang ini. Kalau inilah hujahnya kenapa Filipina dan beberapa negara Afrika tidak maju malah jauh lebih mundur dari sudut sains dan teknologi berbanding negara kita walaupun mereka menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa perantaraan atau bahasa rasmi. Kenapa pula negara seperti Jepun,Korea dan Perancis sangat maju sehingga berjaya menghasilkan tokoh-tokoh yang diberi anugerah Noble dalam bidang sains dan teknologi sedangkan tokoh-tokoh tersebut lansung tidak tahu berbahasa Inggeris. Saintis Iran sudahpun berjaya menghasilkan teknologi angkasalepas dan melancarkan satelit tanpa perlu bersandar kepada teknologi barat. Alangkah dangkalnya hujah tersebut dan hasilnya anak-anak kita dijadikan tikus makmal untuk mempertahankan ego pembuat dasar.
- Para cendikiawan negara hari ini adalah hasil dari pendidikan kebangsaan bertunjangkan Bahasa Melayu.Ketika dasar pendidikan dalam Bahasa Melayu digubal,antara tujuannya adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu hingga ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tujuan tersebut. Setelah sekian lama dasar ini dijalankan, kenapa tiba-tiba dikatakan dasar ini gagal?Kenapa diperkenalkan satu dasar yang tidak dikaji dan dibahaskan dengan mengambil kira pendapat pakar-pakar pendidikan serta para cendikiawan. Apakah sebenarnya yang hendak dibuktikan oleh pembuat dasar ketika itu?
- Seperkara yang amat menghairankan ialah dimana pejuang bahasa dan cendikiawan Melayu ketika itu.Kenapa tidak bersuara dan menunjukkan penentangan secara terbuka walaupun mereka tahu akibat dasar ini kepada anak bangsa dan bahasa melayu itu sendiri. Kenapa baru sekarang hendak bersuara setelah sekian ramai anak-anak kita menjadi mangsa dasar yang diperkenalkan secara membuta tuli ini?
- Dipenghujung tahun 2008 diadakan persidangan meja bulat oleh Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula dasar ini. Apa yang nyata ialah Kebanyakan cendikiawan Melayu (termasuk Prof Di Raja Ungku Aziz) menentang dasar ini yang dianggap satu kegagalan dan merosakkan sistem pendidikan. Walaupun begitu sehingga ini tiada keputusan dibuat tentang masa depan dasar ini yang menjadi tulang belakang sistem pendidikan diabad ke21.Yang melucukan lagi ialah turut dijemput pakar pendidikan dari Australia bagi membincangkan dasar pendidikan Nasional. Dah 50 tahun merdeka pun tapi mentaliti tidak merdeka dan masih perlu bertuankan orang putih.Apa lah yang orang putih tu boleh katakan tentang sistem pendidikan negara.Cubalah tanyakan dia bolehkah kedua subjek ini diajar dalam bahasa Melayu dinegaranya.
Aku banyak bertanya kepada para pendidik yang rata-rata menyatakan bahawa dasar ini gagal. Matapelajaran perlu diajar menggunakan bahasa ibunda dan ini adalah dasar yang dipraktikkan dimana-mana negara sekalipun. Anak-anak Melayu amat sukar untuk meminati subjek Sains dan Matematik sejak dulu lagi dan ini satu kenyataan. Bagaimana pula hendak minat jika diajar dalam bahasa yang mereka sendiri tidak mahir dan faham. Berapa ramai anak-anak Melayu yang tercicir kerana dasar ini. Cuba lah fikir bagaimana anak-anak dipendalaman hendak menguasai bahasa yang amat asing bagi mereka apa lagi mak bapak mereka. Kementerian tidak sepatutnya menjadikan sekolah-sekolah diBangsar,Damansara atau Petaling Jaya sebagai kayu pengukur kerana rata-rata anak-anak ini mengunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka. Tak percaya cubalah bercampur dengan golongan Elit ini. Mereka tidak menjadi mangsa dalam hal ini malah merekalah yang memperoleh kelebihan dari dasar ini.
Kementerian Pelajaran mengatakan bahawa dasar ini berjaya sedangkan Kementerian tidak mengemukakan angka yang sebenarnya. Apa yang saya dengar ialah peratusan untuk penggredan UPSR diturunkan. Apa tujuannya kalau tidak untuk memuaskan hati Pak Menteri dan itulah yang hendak didengarnya. Hanya yang lunak-lunak sahaja.
Kadang-kadang terfikir dibenak apakah sebenarnya agenda disebalik dasar ini yang nyata digubal secara terburu-buru. Aku teringat kepada seorang teman (yang tentunya seorang elitis Melayu dan gemar berbahasa Inggeris). Anaknya berjaya mendapatkan A dalam semua subjek UPSR kecuali Bahasa Melayu. Aku sendiri sangsi bahawa kebanyakkan Menteri-menteri Melayu dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan berbahasa Melayu di rumah ( teringat dengan Tan Sri Ahmad Sarji yang berucap dalam bahasa Inggeris ketika merasmikan persidangan Bahasa Melayu peringkat antarabangsa satu masa dulu. Tak malukah bila didalam persidangan tersebut, bangsa asing elok berbahasa Melayu atau cuba berbahasa Melayu sedangkan dia masih berbangga menggunakan bahasa penjajah itu. Mentaliti yang aku sendiri pun tak faham) Tun Mahathir terang-terangan berbahasa Inggeris dengan anak cucunya. Lihatlah adik beradik D.S Najib yang bila bercakap Melayu macam orang putih cakap Melayu. Hishamuddin Menteri Pelajaran macammana? Adakah dasar ini sebenarnya bertujuan untuk membela kepentingan anak-anak golongan ini tanpa menghiraukan kesannya keatas orang kebanyakan terutamanya orang-orang kampung? Berapa ramai lagi anak-anak kita yang harus menjadi mangsa semata-mata untuk memuaskan hati pembuat dasar?
Akhirulkalam cukup-cukuplah anak-anak kita menjadi mangsa dasar ini. Ubahlah demi masa depan anak-anak Melayu. Perkasakan penguasaan Bahasa Inggeris mereka tetapi jangan dikorbankan kedaulatan Bahasa Melayu yang menjadi asas utama kenapa kita masih digelar Melayu.Jangan sampai satu hari nanti generasi akan datang malu untuk mengaku sebagai orang Melayu kerana tiada apa yang nak dibanggakan menjadi seorang MELAYU. Ingatlah bahawa keputusan dan dasar pemerintah hari ini membentuk generasi akan datang sebagaimana masalah generasi hari ini berpunca dari dasar dan sistem yang digubal oleh pemerintah dahulu. BAHASA JIWA BANGSA. TANPA BAHASA ,BANGSA AKAN BERKUBUR.