Sabtu, 7 Mac 2009

Bahasa Melayu diperjuangkan di jalanan.

Hari ni 7.3.2009 berlaku satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang berakhir dengan semburan air dan tembakan gas pemedih mata dari FRU.Sedihnya perhimpunan tersebut dibuat sebagai memperjuangkan Bahasa Melayu tetapi dilayan sebegitu rupa. Begitu sekali hinanya bahasa bondaku.

Bagi segelintir masyarakat termasuk P.M dan kementerian Pelajaran, mereka tetap dengan pendirian untuk meneruskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atas alasan dengan mempelajari dalam bahasa tersebut akan memudahkan penguasaan kedua ilmu ini.Ini juga disokong oleh ramai ibu bapa Melayu yang mahukan anak-anak mereka menguasai dan fasih berbahasa Inggeris. Dari sudut menguasai bahasa Inggeris tu aku setuju tetapi mereka gagal melihat masalah ni diruang yang lebih luas. Kalau tak takdelah para ilmuan dan budayawan menentang sekeras-kerasnya sistem pendidikan ini.

Aku takut melihat perkembangan ini. Tolak ketepi anak bangsa dan anak kampung yang menjadi mangsa akibat penerusan sistem pendidikan ini. Dalam konteks yang lebih luas,apa nak jadi dengan bahasa Melayu kalau tidak lagi dianggap penting dan tiada nilai komersil serta nilai Ilmu? Apa nasib bahasa Melayu kalau satu hari nanti orang Melayu sendiri malu bercakap bahasa Melayu?Apa nak jadi bila bahasa ini dianggap tiada "class"? Sekarang ni kita dah nampak dimana kedudukan bahasa Melayu diletakkan dalam Mesyuarat dan acara rasmi kerajaan walaupun hadirin terdiri dari orang Malaysia. Pemimpin sendiri selesa berucap dan ditemuramah dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Bahasa Melayu ni diletakkan dikaki sahaja sedang BAHASA ITU JIWA BANGSA. Bangsa ini akan lenyap tanpa bahasa yang diagungkan.

Kemana orang melayu yang selama ni berkokok sebagai pejuang bangsa Melayu dan Bahasa Melayu? Kemana perginya mereka yang melabelkan diri sebagai ekstremis Melayu? Mereka ni pejuang bangsa atau pejuang tembolok? Aku benci betul dengan puak ni yang hanya berdegar-degar bila ada kepentingan untuk puak sendiri dan bukannya kepentingan bangsa yang didahulukan. Memang celaka puak ni. Aku memang bengang betul!!!!!!!

2 ulasan:

Pyanhabib berkata...

ramai pejuang bangsa sudah bangsat!

Pyanhabib berkata...

tombak!
minggu depan sudah bulan julai...