Sabtu, 7 Mac 2009

Bahasa Melayu diperjuangkan di jalanan.

Hari ni 7.3.2009 berlaku satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang berakhir dengan semburan air dan tembakan gas pemedih mata dari FRU.Sedihnya perhimpunan tersebut dibuat sebagai memperjuangkan Bahasa Melayu tetapi dilayan sebegitu rupa. Begitu sekali hinanya bahasa bondaku.

Bagi segelintir masyarakat termasuk P.M dan kementerian Pelajaran, mereka tetap dengan pendirian untuk meneruskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atas alasan dengan mempelajari dalam bahasa tersebut akan memudahkan penguasaan kedua ilmu ini.Ini juga disokong oleh ramai ibu bapa Melayu yang mahukan anak-anak mereka menguasai dan fasih berbahasa Inggeris. Dari sudut menguasai bahasa Inggeris tu aku setuju tetapi mereka gagal melihat masalah ni diruang yang lebih luas. Kalau tak takdelah para ilmuan dan budayawan menentang sekeras-kerasnya sistem pendidikan ini.

Aku takut melihat perkembangan ini. Tolak ketepi anak bangsa dan anak kampung yang menjadi mangsa akibat penerusan sistem pendidikan ini. Dalam konteks yang lebih luas,apa nak jadi dengan bahasa Melayu kalau tidak lagi dianggap penting dan tiada nilai komersil serta nilai Ilmu? Apa nasib bahasa Melayu kalau satu hari nanti orang Melayu sendiri malu bercakap bahasa Melayu?Apa nak jadi bila bahasa ini dianggap tiada "class"? Sekarang ni kita dah nampak dimana kedudukan bahasa Melayu diletakkan dalam Mesyuarat dan acara rasmi kerajaan walaupun hadirin terdiri dari orang Malaysia. Pemimpin sendiri selesa berucap dan ditemuramah dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Bahasa Melayu ni diletakkan dikaki sahaja sedang BAHASA ITU JIWA BANGSA. Bangsa ini akan lenyap tanpa bahasa yang diagungkan.

Kemana orang melayu yang selama ni berkokok sebagai pejuang bangsa Melayu dan Bahasa Melayu? Kemana perginya mereka yang melabelkan diri sebagai ekstremis Melayu? Mereka ni pejuang bangsa atau pejuang tembolok? Aku benci betul dengan puak ni yang hanya berdegar-degar bila ada kepentingan untuk puak sendiri dan bukannya kepentingan bangsa yang didahulukan. Memang celaka puak ni. Aku memang bengang betul!!!!!!!

Ahad, 1 Mac 2009

HUKUM RIMBA

Hukum rimba menetapkan siapa kuat dialah kudrat.Pada zaman dahulu kala kaedah ini yang menentukan siapa yang menjadi pemimpin sehinggalah prinsip demokrasi diperkenalkan. Undang-undang dicipta untuk menentukan supaya tiada siapa yang akan menggunakan kudratnya sebagai hakim.Kerajaan yang dipilih rakyat akan mengurus negara dan rakyat manakala sebagai balasannya rakyat hendaklah menurut segala peraturan yang ditetapkan pemerintah bagi memastikan kestabilan negara.Allah sendiri telah menetapkan segala peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi tanpa mengira darjat dan keturunan.

Sejak kebelakangan ini, aku nampak negara ni mula bergerak kebelakang dimana semakin ramai yang lebih suka bertindak mengikut kehendak sendiri. Jenayah semakin menjadi-jadi. Konflik diselesaikan menggunakan tangan sendiri. Budak-budak sekolah terlibat dengan kegiatan buli yang ekstrim.Pihak sekolah gagal mengawal keadaan.

Lebih menyedihkan penyakit ini semakin menular dikalangan orang politik dan ini aku lihat tidak sepatutnya berlaku dalam mana mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Baik pembangkang mahupun pemimpin kerajaan sama saja. Apabila puak sendiri melanggar undang-undang terus dibela tanpa mengira samada perlakuan tersebut melanggar undang-undang atau tidak.

Ambil contoh bila penyokong pembangkang berdemonstrasi(chnya HINDRAF)semua pemimpin pembangkang membela tanpa mengambil kira ianya tetap salah dari segi undang-undang.Yang penyokong kerajaan pula hentam tanpa hujung pangkal.Begitu pula sebaliknya bila orang BN berdemonstrasi.Bila Speaker Perak menggantung ADUN BN, perdana Menteri sendiri menyuruh MB Perak supaya melanggar arahan tersebut.Pemuda UMNO terang-terang mencabul keluhuran PARLIMEN dengan tindakan menyerang YB Karpal dalam kawasan parlimen tetapi tindakan ini dibela pula oleh Ketua Pemuda yang merupakan seorang Menteri penuh.

Banyak lagi contoh yang kita lihat berlaku setiap hari yang aku anggap tidak sihat .Kita tidak sepatutnya menghalalkan perlanggaran undang-undang yang boleh memporakperandakan nehgara. MATLAMAT TIDAK SEPATUTNYA MENGHALALKAN CARA. Apa nak jadi dengan negara ni kalau Undang-Undang tidak dihormati lagi?