Ahad, 15 Ogos 2021
Ragam orang politik dan ketamakan kuasa dikala negara dilanda pandemik.
Lama sungguh tak menulis tentang isu yang berlegar dalam negara ni. Yang nyatanya negara masih berdepan dengan masalah pandemik Covid 19 yang tak kesudahan dan tak pasti bila akan berakhir. Dah lemas hidup dalam kongkongan dan hibanya mendengar berita berita sedih tentang kematian rakan taulan dan saudara mara akibat penyakit ini. Apapun penyakit ni hanya asbab sahaja sedang yang memberi sakit dan mati adalah Allah pemilik alam ini.
Dalam negara ini bergelut dengan masalah pandemik ini dan dalam para pemimpin sibuk nak menguruskan negara, ada juga dikalangan politikus yang mabuk dengan kekuasaan dan hanya fikir bagaimana nak merampas kuasa pemerintahan dan bagaimana nak bertahan dalam dunia politik. Sudahlah tak membantu malahan ditekan kerajaan supaya kerajaan yang ada ini runtuh. Nak kata dengan runtuhnya kerajaan maka kuasa pemerintahan akan bertukar tangan kepada kumpulan mereka juga tiada kepastian. Macamah kalau bertukar kerajaan maka Covid 19 akan melarikan diri dari Malaysia. Tapi itulah yang dicanang canangkan bahawa hanya mereka yang boleh menyelesaikan permasalahan rakyat dan menghapuskan pandemiik ini...
Adakah kerajaan dan PM gagal??? Macammana nak dikatakan gagal pun aku tak faham sebab belum pernah ada pemimpin negara ini sejak merdeka yang memimpin negara dalam keadaan pandemik seperti ini yang melumpuhkan ekonomi negara dan membawa kesengsaraan yang tidak sedikit kepada Rakyat. Bagaimana pula nak dibandingkan dengan negara lain? Negara lain juga berdepan dengan masalah yang sama malahan banyak negara yang tidak mampu memberi bantuan kepada rakyat akibat serangan virus ini ...Kalau nak dibandingkan dengan negara maju lain, kita lihat jumlah jangkitan juga meningkat dinegara mereka...makanya slogan KERAJAAN GAGAL ini hanyalah satu slogan yang dimainkan saban hari bagi mempengaruhi minda rakyat supaya akur bahawa kerajaan telah gagal.
Aku lihat pembangkang lansung tidak pernah mengemukakan apa apa solusi yang terbaik bagi menangani masalah pandemik ini dan cadangan pengurusan yang terbaik .... contoh mudah DSNR sibuk dengan isu kegagalan kerajaan membuat Total Lockdown... ketika awal pandemik ini selama lebih kurang 3 bulan kerajaan mengenakan total lockdown,,, lihat apa kesan kepada kehidupan rakyat terutama rakyat yang hidupnya kais pagi makan pagi dan peniaga kecil yang mengharapkan pendapatan harian untuk meneruskan kelansungan hidup. Cakap memang senang bila kau banyak duit, harta melimpah ruah dan ada pendapatan bulanan sedang yang merana adalah rakyat marhaen... itu belum ambil kira perniagaan yang perlu ditutup yang akhirnya mengakibatkan kerugian dan pembuangan kerja... memang nak cari salah ni mudah tapi apa solusi terbaik?? Tukar Kerajaan?? Jadikan Anwar Ibrahim PM ?? apa kau fikir dia tu dewa kayangan yang ada tongkat sakti yang boleh selesaikan masalah negara sekelip mata?? Apa perjuangan Anewar kalau bukan nak jadi PM... jadinya bila berjaya jadi PM apa pulak perjuangan dia aku pun tak tau. Tak pernah pun aku tengok dia bagi apa apa cadangan membina untuk membantu kerajaan menangani masalah negara ini..kau berlututlah pada DAP minta ehsan nak dapatkan kuasa dan sokongan.
Apa harapan aku??? aku harap kerajaan yang ada ni bertahan lah dan teruskan usaha vaksinasi negara yang sudah nampak kesan positifnya dalam menangani masalah covid19 ni. Jangan biar kerajaan bertukar tangan dan jangan biarkan mereka mengisytihar kemenangan mengatasi pandemik atas usaha kerajaan sedia ada...memang nampak usaha pembangkang nak memeotong diselekoh terakhir dan mengisytiharkan pandemik berjaya ditangani dalam zaman pemerintahan mereka... tapi mereka ni bukan ada maruah pun.sekian bebelan aku yang menyampah ni. Apapun aku sentiasa berdoa agar Allah bantu negara ni dan hilangkan lah penyakit ni supaya kita boleh kembali hidup seperti dahulu. Salam buat semua
Langgan:
Catatan (Atom)